Tentang Kami
Selamat datang ke Tuah Cafe, tempat di mana tradisi kulinari bertemu inovasi! Dari permulaan kecil hingga menjadi nama yang dikenali dalam industri makanan dan minuman, kisah kami adalah tentang semangat, ketahanan, dan keinginan untuk terus memberi yang terbaik kepada komuniti.
Perjalanan Kami
Tuah Cafe bermula pada tahun 2014 dengan visi untuk mencipta pengalaman makan yang unik. Diasaskan oleh Muhammad Nazeem, seorang usahawan muda yang berani, kafe ini bermula di Bandar Baru Bangi dengan modal permulaan RM60,000. Dengan kudrat sendiri, Nazeem mengecat kedai, memasang perabot, dan mencipta menu seperti Chicken Set dengan harga cuma RM5.
Awalnya, kami terkenal sebagai kafe shisha. Tapi pada tahun 2017, selepas fenomena vape mengambil alih, Nazeem ambil langkah berani dengan menghentikan jualan shisha dan fokus kepada konsep makan untuk keluarga. Walaupun dapat kritikan dan jualan merosot sementara, langkah ini mengubah Tuah Cafe jadi tempat kegemaran untuk keluarga dan komuniti.